Banyak perkara yang jadik.... Banyak aktiviti yang dibuat.... Bermakna banyak gila posting yang terbengkalai..... Hmmmm... Ditambah dengan kemalasan mama yang tahap dewa-dewi ni, lagi la banyak benda yang tertunda2. Lagi pulak tiba2 mama kena serang dengan demam, selesema campur batuk ( sesaper yang sangat kenal ngan mama, sangat faham kenapa mama sangat la tidak suka bila batuk.)Cakap pasal batuk ni, mesti teringat Arwah Mbah neighbor mama di Kuantan. Every time mama balik ke Kuantan setiap kali mama cuti semester, mesti dia akan datang menjenguk. Macam tahu2 je yang mama dah balik sedangkan mama ni jenis terperap kat rumah and mama takde pulak buat laporan setiap kali mama balik. Kalau mama tanya, selamba je dia jawab, "Dengar Nana batuk malam tadi tak berhenti2. Sebab tu Mbah tahu Nana dah balik." Hehehe....
Banyak... Banyak.... Banyak....
Banyak nak kena update ni.... Oh kemalasanku, nyahlah dikau dengan segera.....

